Tuesday, January 27, 2009

Rindu dan harapan

suatu yang terlindung
disebalik halangan yang tak terpecah
rasa yang terpendam
terlalu dalam.....

kalau boleh ku ungkaikan harapan
kan ku anyam di masa silam
untuk ku bentang di masa hadapan

Monday, December 29, 2008

aku rindu pada kedamaian



aku rindu pada kedamaian
persis bayi rindukan belaian
kita aman dan nyaman..di bumi sendiri
kehidupan yang tenang tanpa ranjau dan duri

Palastin tidak seperti itu
tiap hari mereka tak ubah seperti diburu hantu
ketakutan..kengerian..bermandikan darah
dengan dada dada yang diratah mentah

jeritan di sini sana
ada jasad terkapar lesu tak bermaya
ada tangisan dan rintihan
badan berkecai bertaburan
anak menjadi piatu
ibu menjadi balu

aku rindu pada kedamaian
persis bayi rindukan belaian..........

Monday, December 22, 2008

KEHIDUPAN - KHALIL GIBRAN

Engkau dibisiki bahawa hidup adalah kegelapan
Dan dengan penuh ketakutan
Engkau sebarkan apa yang telah dituturkan padamu
penuh kebimbangan
Kuwartakan padamu bahawa hidup adalah kegelapan
jika tidak diselimuti oleh kehendak
Dan segala kehendak akan buta bila tidak diselimuti pengetahuan
Dan segala macam pengetahuan akan kosongbila tidak diiringi kerja
Dan segala kerja hanyalah kehampaan
kecuali disertai cinta
Maka bila engkau bekerja dengan cinta
Engkau sesungguhnya tengah menambatkan dirimu
Dengan wujudnya kamu, wujud manusia lain
Dan wujud Tuhan.

Sunday, December 21, 2008

Pergilah sahabat......

Aku baru pulang dari menghantar seorang kawan ke perantauan. Di airport aku, sewaktu masa perpisahan sudah tiba, tiba-tiba dia memeluku erat. Tiada kata yang diucapkan, hanya gegaran jasad yang kurasakan. Aku diam........

Sahabat yang paling rapat, susah senang aku dan dia bersama, sakit sihat, duka suka, malah sewaktu aku berada di pintu yang mana "kamar" aku huni sekarang, dialah yang berada di sisi. Pintu kerinduan yang sangat kelam dan dalam. Sehingga aku sudah tidak mampu kembali ke alam nyata lagi....dia memahami.

Ku perhatikan sampai dia menghilang dari pandangan, rasanya aku lama berdiri di situ, berfikir...

Sahabat.. pergilah untuk sekian kalinya kalau itu dapat memenuhi apa yang kau inginkan, aku mendoakannya....

Sahabat...jangan risau tentang diriku..aku tak akan sunyi di kamar kerinduan ini...kerana aku sudah sebati di dalamnya... rindu itu adalah aku.

Saturday, December 20, 2008

Rinduku di mana mana




GAMBAR SEKADAR HIASAN

semalam aku menyusuri dada malam
melihat bintang yang bercahaya terang
melihat senyuman, jelingan dan kerlingan
dan...rindu ku ada di mana mana

ku hentikan perjalanan seketika
ku amati jika ada rindu itu padanya
rupanya tiada.....
tak ku temui
kerana akulah rindu itu.

Rindu lagi.....

rindu itu bertamu lagi
bersama kenangan yang tak mungkin akan ku lupakan
kalaulah ada kekuatan untuk ku halangi rindu itu
akan aku lakukan...

walau terpaksa ku hadapi sejuta halangan
walau terpaksa aku renangi tujuh lautan
namun apakah dayaku
kerana rindu itu adalah aku.

Wednesday, December 17, 2008

Rindu itu adalah aku...

aku yang bernama insan
wujud di bumi Tuhan

aku bernama insan
yang dipenuhi kerinduan yang tak mungkin padam

jauh di dasar hati ini
berkotakan sebuah kerinduan

aku adalah rindu itu.......